Selasa, 7 April 2009

Apakah Hobi Utama Arbak Othman?

Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Kehidupan orang yang tidak mempunyai hobi boleh dikategorikan sebagai kehidupan yang amat membosankan. Boleh juga dikatakan golongan orang yang tidak mempunyai hobi tertentu adalah orang yang tidak mempunyai visi dalam kehidupannnya di dunia ini.

Setelah mengenali sedikit tentang Arbak Othman, beliau turut sempat menyelitkan perasaannya dalam mengatakan minat beliau dalam dunia seni. Beliau telah berkongsi tentang hobinya.

Hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton persembahan teater dan seyembara lirik lagu.

Daripada hobi yang telah dikongsikan, dapat dilihat bahawa beliau amat menyanjung tinggi karya sastera tanahair dan ini merupakan tekad beliau dalam memperkenalkan tradisi bangsa dan negara ke persada dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan