Selasa, 7 April 2009

Bahasa dalam Multimedia

Dalam subjek ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari. Bagi saya, subjek ini merupakan satu subjek yang mendatangkan kebaikan kepada saya secara peribadi. Walaupun semua tugasan yang diberi boleh dikatakan sesuatu yang memerlukan kesabaran, tetapi semuanya memberi manfaat kepada saya apabila saya berada dalam dunia pekerjaan. Antaranya ialah, bagaimana kita menggunakan adopephotoshop untuk membuat kalender. Selain itu, dalam kelas ini juga saya diajar untuk membuat blog. Hasil daripada inilah, anda semua dapat melihat saya mempunyai blog saya sendiri. Tugasan untuk membuat blog ini bukan sahaja diguna untuk menulis tentang seorang tokoh penulis atau tokoh kepengarangan, malah, ini juga adalah kesempatan bagi saya untuk meluahkan isi hati saya secara online. Pengalaman seperti ini merupakan sesuatu yang amat saya hargai.
Melalui subjek ini juga, saya telah diberi peluang untuk menemu ramah Dr Arbak Othman. Temu ramah bersama dengan beliau merupakan pengalaman pertama saya yang tidak akan pernah saya lupakan. Temu ramah ini juga merupakan satu jambatan bagi saya untuk meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan seorang tokoh yang telah memberi sumbangan kepada negara dalam bidang seni penulisan. Jadi, mari kita melihat dengan lebih lanjut lagi tentang beliau dalam post yang berikutnya:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan