Selasa, 7 April 2009

Sumbangan Arbak Othman dalam Seni Penulisan Tanahair

Arbak Othman merupakan seorang penggiat seni tanahair yang telah memberi banyak sumbangan kepada bangsa dan negara. Kesungguhan beliau dalam dunia seni ini telah memberi impak kepada golongan anak muda untuk menjejak langkah beliau dalam menghasilkan karya yang dapat dijadikan sebagai milik bersama masyarakat.

Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa. ini termasuklah:
1. Pengantar Linguistik
2. Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
3. Pengantar Linguistik Am (dihasilkan bersama Ahmad Mahmood Munasif)
4. Teori Perkamusan (Leksikografi)- ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar universiti tempatan
5. Tatabahasa Bahasa Malaysia
6. Mengajar Tatabahasa

Selain itu, beliau turut terlibat dalam penghasilan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Ini termasuklah:
1. Nahu Bahasa Melayu
2. Imbuhan Bahasa Melayu
3. Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu
4. Pengantar Sintaksis

Antara hasil karya beliau yang terbaru adalah Buku Puisi, Penyair dan Kreativiti (dihasilkan bersama LIm Swee Tin) 2007 dan Semiotik (2008), terbitan Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor.

Beliau juga bergiat aktif dalam menghasilkan artikel dan rencana. Artikel dan rencana yang telah ditulis berjumlah 156 buah. Kebanyakan artikel dan rencana beliau ini tertumpu dalam bidang linguistik dan tatabahasa, aplikasi konsep teori linguistik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teori perkamusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan