Selain bergiat aktif dalam mengutarakan pengetahuan dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu, beliau turut berkecimpungan dalam membuat kritikan dalam bidang sastera Melayu.
Akhir-akhir ini beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kecenderungan linguistik-semiotik. Beberapa daripadanya diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, Majalah Pangsura (Malaysia-Indonesia), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir (Utusan Melayu Press), Majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Berita Minggu dan lain-lain.
Kegiatan terakhir beliau ialah menulis novel. Novel yang berjudul Dari Dilema Ke Destini merupakan novel pertama yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2002.
Kegiatan lainnya termasuklah kegiatan menulis puisi dan rencana ilmiah, termasuk penglibatan dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena, selain kegiatan bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain.
Selasa, 7 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan