Selasa, 7 April 2009

Kerjaya Arbak Othman yang Bakal Menerajui atau Mengimpaktasikan Karya Penulisan Tanahair

Arbak Othman mempunyai keinginan yang sangat tinggi dalam mempangaruhi dunia seni tanahair terutama dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu. Beliau ingin berkongsi pendapat supaya ilmu yang diperolehinya dapat disalurkan kepada pelbagai pihak. Ini membuktikan beliau amat menitikberatkan betapa pentingnya sesuatu karya itu dalam mempengaruhi jiwa seseorang. Dengan itu, beliau tidak ketinggalan untuk bergiat aktif dalam bidang ini supaya dapat menyalurkan sebanyak yang mungkin apa yang beliau ketahui kepada masyarakat.

Sekarang ini, beliau terlibat dalam bidang telaah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanahair yang sudi meluangkan masa untuk maksud meyumbang dan membantu.

Kesan daripada usaha ini ialah penerbitan beberapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutama dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi yang diterbitkan oleh penerbit Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor.

Arbak Othman juga merupakan penulis yang terlibat sebagai ahli Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil dan Panel Hakim Hadiah sastera Negeri Sembilan (PEN). Beliau sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada pelbagai Cawangan (Selatan, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung Malaysia)

Penyelidikan terakhir yang sedang dijalankan sekarang ialah Nahu Minimalis dan Penerapan dalam Bahasa Melayu. Dalam bidang pengembangan aplikasi linguistik, beliau berhasil menerbitkan tiga buah kamus terbitan Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu adalah:
1. Kamus Pelajar Fajar bakti (2000-2004)
2. Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006)
3. Kamus Pelajar KBSR (2007).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan