Selasa, 7 April 2009

Terbitan Puisi Arbak Othman

Arbak Othman memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam bidang linguistik, tetapi beliau turut mempertahankan tradisi masyarakat Melayu dalam bidang sastera Melayu. Kecenderungan beliau dalam menghasilkan puisi telah membawa nama beliau disanjung tinggi. Ini sekaligus telah membuka mata masyarakat supaya masyarakat dapat melihat seseorang yang berkecimpungan dalam bidang linguistik boleh juga menghasilkan pencapaian yang membanggakan dalam bidang sastera.

Antologi Puisi pertama yang telah dihasilkan oleh Arbak Othman berjudul Peta Cinta. Antologi puisi ini telah diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2001. Penerbit yang sama juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa (2004), Sketsa Kehidupan (2005), Suara Gundah Di Bumi Basah (2006) dan Luka Mimpi (2007).

Kejayaan beliau dalam menghasilkan puisi ini telah membuktikan bahawa setiap menusia mempunyai caranya yang tersendiri dalam mengekspresikan apa yang terkandung dalam jiwa seseorang. Maka dengan itu, beliau telah memilih untuk menghasilkan puisi sebagai cara beliau mengutarakan maksud tersirat atau tersurat yang terkandung dalam jiwanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan