Selasa, 7 April 2009

Pencapaian atau Pernobatan yang Tidak Pernah akan Dilupai

Arbak Othman merupakan seorang penggiat seni yang sering mempunyai sikap kerendahan hati dalam apapun bentuk pencapaiannya. Dengan sikapnya yang penuh kerendahan hati ini, tidak mustahil bagi beliau untuk terus maju dalam seni sastera tanahair kita. Pendek kata, beliau mungkin akan melangkah dengan lebih jauh lagi dengan pencapaian yang telah diperolehi sepanjang pengalaman beliau dalam dunia seni.

Antara anugerah yang telah dicapai:
1. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori Sajak (Hadiah Utama) pada 4 Julai 2002.
2. Beliau turut memenangi Hadiah Sastera Perdana Dawan Bahasa dan Pustaka dalam kategori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002.
3. Pada tahun 2002, beliau juga memenangi hadiah saguhati dalam Sayembara Antologi Puisi Selangor dengan judul Wajah Kemerdekaan.
4. Pada bulan Mei 2004, beliau telah memenangi Anugerah Hadiah sastera Kumpulan Utusan Bagi kategori Hadiah Utama Kencana kategori esei kritikan, anjuran DBP, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan